Ronaldo Menangis! Terpaksa Berikan Semua Rakan Pasukan iMac Sorang Satu


Wow, mungkin inilah apa yang akan dilakukan Cristiano Ronaldo bila bosan duduk di rumah. Mungkin dia tidak senang hanya perlu duduk di rumah dan melihat orang lain dalam kesusahan dalam menghadapi wabak COVID-19 yang kini semakin merebak ke seluruh dunia.

Banyak berita yang kita dengar mengenai Ronaldo yang telah banyak mengeluarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Terbaru, Ronaldo dikatakan terpaksan membelikan seluruh skuad Juventus sebuah iMac selepas dia dilayangkan kad merah ketika menentang Valencia dalam aksi Liga Juara-Juara.


Perkara ini disahkan oleh penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny dan mendakwa Ronaldo mengambil masa beberapa bulan untuk berfikir sebelum berstuju.

Ya, kami semua memiliki iMac. Ia mengambil masa yang lama kerana dia (Ronaldo) dia tidak menerima hakikat yang dilayangkan kad merah itu dan menegaskan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Selepas lebih kurang dua bulan dia mempertahankan dirinya, dia akhirnya mengalah dan kami semua diberikan iMac. - Katanya.

Ronaldo sebelum ini telah dilayangkan kad merah kerana bertindak menarik rambut Jeison Murillo dan meninggalkan padang dengan menitiskan air mata.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Ronaldo di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media