Santai Kedai Kopi Dekati Rakyat


Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 13 Mac - Santai kedai kopi bersama rakyat mampu mengeratkan hubungan antara penduduk dan pemimpin.

Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, aktiviti santai sebegini dapat memberi kesan yang mendalam dalam jiwa setiap penduduk kampung.

"Setiap permasalahan mampu diselesaikan melalui perbincangan secara terus antara dua belah pihak.

"Maklumat tentang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat mampu disampaikan secara cepat kepada pimpinan tanpa ada sebarang halangan," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika bersarapan pagi bersama rakyat sekitar Kampung Lak Lok, Jerteh, pada hari Rabu, 11 Mac.

Justeru itu, beliau berharap agar setiap usaha yang dibuat ini dapat memperbaiki prestasi terutama perkhidmatan kepada rakyat setempat bagi menjamin kesejahteraan hidup.

"Segala aduan yang kami dapat hari ini akan cuba diatasi sebaik mungkin oleh pihak pentadbir supaya rakyat sentiasa sejahtera," tambah beliau.






Sumber: teganukita.net