Sengaja Ludah Pada Butang Lif, Seorang Pengawal Keselamatan Bertindak Buat Laporan Polis!

Posted on Monday, March 16, 2020 | 3/16/2020



Akibat meludah pada butang lif di sebuah flat, seorang pengawal telah bertindak membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang melakukan perbuatan tidak bermoral berkenaan. Ini berikutan kebimbangan pengawal keselamatan berkenaan yang dilihat mampu memudaratkan penghuni flat lebih-lebih lagi ketika musim penularan Covid-19 yang sedang melanda sekarang.



Kejadian dilaporkan berlaku pada 15 Mac jam 11:45 pagi di Flat Idaman Melur, Sungai Ara, Bayan Lepas. Tindakan lelaki berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi netizen serta mengkritik perbuatan berkenaan kerana dilihat kotor dan tidak bertanggungjawab serta tidak bermoral. Sebelum ini Ohmedia pun ada kongsi cerita tentang seorang lelaki yang melakukan perbuatan yang sama di China.

Baca: (Video) Penghidap Koronavirus Buat Hal, Cuba Sebarkan Wabak Pada Orang Lain!

Tidak dipastikan apa motif lelaki berkenaan berbuat demikian, namun Ohmedia harapkan korang sentiasa amalkan kebersihan diri, kerap sanitasi tangan korang serta kerap pakai penutup mulut untuk elakkan korang dari terkena wabak merbahaya ini lebih-lebih lagi bagi korang yang sentiasa lakukan kerja luar. Stay safe guys!

OHMEDIA: CUBA JADI MANUSIA BERTANGGUNGJAWAB SIKIT LEBIH-LEBIH LAGI MUSIM PENULARAN COVID-19 NI. JANGAN BUAT SESUATU YANG MENGUNDANG PANIK ORANG. DIHARAPKAN LELAKI BEKRENAAN SEGERA DITANGKAP DAN DIBERI HUKUMAN YANG SETIMPALNYA.

Sumber: Sinar Harian | Penang Kini

+ Baca respon tentang pengawal keselamatan buat laporan polis kerana meludah didalam lif di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/16/2020

0 comments:

Loading...