Seorang Individu Sumbangkan Mesin Pengesan Jangkitan Berharga RM148,000

Posted on Friday, March 27, 2020 | 3/27/2020



Seorang individu yang berhati mulia mendermakan sebuah mesin Real Time Polmerase Chain Reaction (PCR) Detection System yang dikatakan berharga RM148,000 bagi menjalankan ujian pengesanan jangkitan covid-19 untuk kegunaan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu.

Pada satu majlis ringkas, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapa’ee telah menerima sumbangan itu dari perderma yang tidak mahu dirinya dikenali dan menyerahkan peralatan ujian pengesanan jangkitan covid-19 itu kepada Pengarah Hospital Sibu, Dr Mohamad Ng Siah Huat. Dr Annuar mengatakan yang pusat tersebut dapat meningkatkan lagi kemampuannya untuk menjalankan ujian pengesanan jangkitan covid-19 setelah mendapat satu lagi mesin dan menjadikan pusat tersebut dilengkapi dua unit mesin berkenaan.

Dilaporkan yang mesin tersebut telah diterbangkan khas dari Kuala Lumpur untuk penambahan mesin dari yang sedia ada di Hospital Sibu. Takut sekiranya yang sedia ada itu akan rosak, jadi perlulah ada dua unit untuk dijadikan satu lagi sebagai backup sekiranya berlaku apa-apa. Dr Annuar juga mengucapkan terima kasih kepada individu yang telah mendermakan mesin itu. Ohmedia berharap yang wabak covid-19 ini akan berakhir dan sama-samalah kita mencegah penularan wabak ini ya. Jaga kebersihan dan jangan keluar sekiranya tiada hal yang mustahak ya gais.

Sumber : Bernama

+ Baca respon pembaca penderma sumbangkan mesin pengesan jangkitan di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/27/2020

0 comments:

Loading...