Seorang kakitangan HTF disahkan positif Covid-19, punyai sejarah perjalanan ke Turki

Posted on Friday, March 20, 2020 | 3/20/2020



Jabatan Kesihatan Negeri Perlis hari ini mengesahkan seorang kakitangan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar didapati positif koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan tiba di tanah air pada 8 Mac.

"Dia telah dimasukkan ke wad pada 16 Mac dan disyaki jangkitan paru-paru (pneumonia) dan dehidrasi.

"Ujian makmal di Hospital Sultanah Bahiyah mendapati beliau positif terhadap Covid-19 pada 18 Mac," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pihak hospital telah mengenal pasti kontak-kontak rapat dan menjalankan saringan Covid-19 terhadap mereka, serta ahli keluarga terdekat pegawai tersebut. Pembersihan dan pembasmian kuman di kawasan berkaitan juga telah dilakukan.

Screenshot perbualan WhatsApp yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Beliau berkata, semua pesakit dan orang awam tidak perlu bimbang terhadap keselamatan mereka kerana pihak HTF telah mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit dan kawalan jangkitan yang perlu.

Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 3/20/2020

0 comments:

Loading...