(TAK RASMI) Antara 6 nama pemimpin yang turut serta dalam kabinet baharu kerajaan Perikatan Nasional

Posted on Monday, March 09, 2020 | 3/09/2020



Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, Muhyiddin dijangka akan mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada jam 5 petang ini di pejabatnya di Putrajaya. 

Media melaporkan, sekurang-kurangnya 25 kementerian akan dibentuk atau dikekalkan bagi memulakan pentadbiran baharu kerajaan Perikatan Nasional. 

Turut tersebar di media sosial kini adalah senarai nama para pemimpin Perikatan Nasional yang akan diberi portfolio berdasarkan kelayakan/kesesuaian masing-masing. 

Daripada senarai tidak rasmi itu:
  • Hishamuddin Tun Hussein - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
  • Azmin Ali - Menteri Hal Ehwal Ekonomi
  • Muhyiddin Yassin - Menteri Kewangan I
  • Mustapa Mohamed - Menteri Kewangan II
  • Haji Abdul Hadi Awang - Menteri Dalam Negeri
  • Mohamad Hasan - Menteri Pendidikan

Bagaimanapun, senarai rasmi akan dimaklumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam lima petang nanti. 


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 3/09/2020

0 comments:

Loading...