Tomok Tampil Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia


Sepertimana yang kita tahu, beberapa artis Malaysia telah dikecam hebat dengan netizen gara-gara isu bantuan khas untuk golongan artis dari pihak kerajaan. Antara artis yang dapat kecaman ialah Tomok, Black, Achey dan ramai lagi.

Sebelum ini netizen berpendapat bahawa golongan artis di Malaysia sibuk menayangkan kemewahan dan kekayaan masing-masing di media sosial dan apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilancarkan, mereka seolah-olah meminta bantuan khas kerajaan. Oleh sebab itu, netizen berasa berang dan tidak puas hati terhadap golongan tersebut.


Baru-baru ini, Tomok memuatnaik satu posting berserta kapsyen permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di Instagramnya, @tomokofficial. Haa, lepas ni korang jangan kecam diorang lagi ya!

Assalamualaikum semua. Untuk tidak menjadikan keadaan semakin buruk saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Maaf sekiranya statement saya di Instagram tempoh hari ada menyakiti hati kalian. Saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Maafkan saya semua. Marilah kita sama-sama doakan semoga negara kita dan dunia bebas daripada Covid-19.

Rata-rata ramai netizen menerima permohonan maaf daripada Tomok. Alhamdulillah, jangan gaduh lagi gais! Ohmedia rasa letih tengok orang Malaysia gaduh disebabkan bantuan khas ni. Aduh. Apa-apapun, semoga kita semua dilindungi Allah SWT daripada jangkitan wabak Covid-19. InsyaAllah, Amin.

OHMEDIA: SETIAP ORANG PASTI MELAKUKAN KESILAPAN.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca sokong Tomok di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media