(Trailer & Sinopsis) Filem ROH Lakonan Namron, Berjaya Jentik Naluri Peminat Hingga Tak Sabar Nak Tonton!

Posted on Tuesday, March 10, 2020 | 3/10/2020


<


Sinopsis:

Pada zaman dahulu, di pinggir sebuah hutan, sebuah keluarga daif yang terdiri daripada Mak (Farah Ahmad), Along (Mhia Farhana) dan Angah (Harith Haziq) didatangi seorang budak perempuan yang bukan sebarang budak, Adik (Putri Qaseh). Adik memberi ramalan bahawa bila bulan mengambang, seluruh isi keluarga akan mati. Seorang dukun yang gelarkan dirinya Tok (June Lojong) menjangka petaka akan tiba. Seorang lelaki misteri Pemburu (Nam Ron) datang untuk mencari anaknya yang hilang, tetapi dia juga ada tujuan lain. Peristiwa mistik dan seram berlaku bila yang haq dan yang batil bertembung; roh siapakah yang akan terselamat?

10 Fakta Menarik Tentang Filem Roh:


1. Satu-satunya filem cereka Malaysia yang dipilih untuk Singapore International Film Festival 2019 & Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2019.

2. Filem cereka pertama arahan Emir Ezwan, yang sebelum ini menghasilkan filem pendek RM10 (2016) yang menang Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Malaysia.


3. Menampilkan Nam Ron, June Lojong & Harith Haziq yang sebelum ini tampil sebagai keluarga dalam filem REDHA. Cuma dalam filem ROH mereka bukan ahli keluarga sama.

4. Menampilkan Farah Ahmad dan anak kandungnya Mhia Farhana buat pertama kali dalam sebuah filem.

5. Pelakon paling muda, Putri Qaseh hanya ada 2 ayat dialog: “Dia dah sampai” dan “Bila bulan mengambang, kau semua akan mati.”


6. Filem cereka pertama untuk Pengarah Fotografi Saifuddin Musa, yang terlibat dalam banyak iklan, filem pendek dan dokumentari.

7. Filem cereka pertama untuk Pereka Skor Muzik Reinchez Ng, graduan Berklee College of Music, Boston USA.


8. Ada hanya 6 pelakon.

9. Tempoh penggambaran 15 hari di Dengkil.

10. Dengan sinematografi dan warna yang sangat menarik, filem ini berjaya dihasilkan dengan kos RM360,000.





Fakta Menarik Tentang Pengarah, Emir Ezwan

Lahir pada tahun 1980 di Kuala Lumpur. Walaupun belajar Kejuruteraan Komputer & Elektronik diuniversiti, dia lebih minat muzik dan desain sejak muda lagi. Dia penubuh bersama studio desain Karyalabs pada 2007 dan aplikasi teknologi kewangan Billplz pada 2009. Dia juga pengasas
Entropy Studios yang menghasilkan pelbagai muzik video, video korporat dan iklan, dan juga VFX untuk filem seperti PUSAKA, FLY BY NIGHT dan ONE TWO JAGA. Filem pendeknya RM10 (2016) memenangi anugerah di Malaysia dan beberapa festival di Eropah. ROH ialah filem cerekanya yang pertama.



Filem ROH akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Mac 2020 ini.


xxxx
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/10/2020

0 comments:

Loading...