(Video) MU Bantu Liverpool Untuk Juara Lebih Awal

Posted on Monday, March 09, 2020 | 3/09/2020




Manchester United memberi laluan kepada Liverpool untuk merangkul kejuaraan Liga lebih awal selepas menewaskan Manchester City di Old Trafford semalam. Kini Liverpool hanya perlu menang 2 daripada baki 9 perlawanan Liga Perdana Inggeris untuk muncul Juara.


Derby Manchester semalam menyaksikan City mendominasi perlawanan dengan baik. Walaubagaimanapun ianya tidak menghalang MU untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri. Raheem Sterling hampir membuka jaringan untuk City pada minit ke-10 namun sepakan beliau ditepis De Gea. Pemain sayap MU, Daniel James berjaya melakukan percubaan hasil lorongan Bruno Fernandes untuk menguji kecekapan Ederson pada minit ke-16. Akhirnya MU berjaya mencetak jaringan pada minit ke-30 menerusi Volley dari Anthony Martial selepas menerima hantaran menarik dari Bruno Fernandes.


Bersambung separuh masa kedua, City berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-48 namun jaringan tersebut dibatalkan kerana Aguero berada di posisi Offside. Kesilapan Ederson pada penghujung perlawanan membawa padah selepas membaling bola ke arah Scoot McTominay yang pantas melakukan rembatan jauh untuk gol kedua MU. Kemenangan 2-0 ini menyaksikan MU melonjak ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris.


OHMEDIA : PELUANG MANCHESTER CITY UNTUK MENCABAR KEJUARAAN SEMAKIN TIPIS SELEPAS TEWAS SEMALAM

+ Baca respon pembaca MU bantu Liverpool untuk juara lebih awal di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/09/2020

0 comments:

Loading...