Wanita Hilangkan Diri Ketika Menjalani Saringan

Posted on Tuesday, March 24, 2020 | 3/24/2020



Semalam, seorang wanita berumur 21 tahun yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dikatakan mengalami simpton wabak covid-19 dan didapati menghilangkan diri semasa menjalani saringan kesihatan di Hospital Parit Buntar.

Polis sedang mengesan wanita yang juga dikatakan bekerja sebagai seorang pramugari itu yang dilaporkan hadir ke Hospital Parit Buntar sebelum menghilangkan diri selepas diarahkan ke Hospital Taiping untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Seorang kakitangan Hospital Parit Buntar membuat laporan di Balai Polis Parit Buntar pada jam 10.27 malam semalam selepas pesakit itu dikesan menghilangkan diri dan menolak untuk hadir ke Hospital Taiping. Dia juga dikatakan baru saja pulang dari Singapura dan telah transit di Thailand selepas mula mengalami demam sejak 12 hari lalu.

Abang kepada pesakit itu juga menghilangkan diri selepas dia ada memberitahu pihak hospital untuk memujuk adiknya ke Hospital Taiping. Walaubagaimanapun, usaha untuk mengesan pesakit ini dilakukan dengan hebahan ke Pusat Kawalan daerah (DCC) covid-19, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping, Selama, Bandar Bharu (Kedah), IPD Seberang Perai Utara dan IPD Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang).

Ohmedia berharap yang pesakit ini segera tampilkan diri untuk mencegah wabak covid-19 dari dirinya sendiri dan menular ke orang lain.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca wanita hilangkan diri ketika menjalani saringan di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/24/2020

0 comments:

Loading...