3.26 Juta Lagi Telah Lulus Terima BPN Setakat 26 April 2020

Posted on Tuesday, April 28, 2020 | 4/28/2020



Terkini! Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengesahkan bahawa sebanyak 3.26 juta permohonan baharu dan juga rayuan telah diterima untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) setakat 26 April 2020.

Dari jumlah itu, sebanyak 2.96 juta permohon baharu telah diluluskan dan baki 305,000 adalah pemohon rayuan. Bagi mereka yang belum memohon, masih sempat untuk berbuat demikian kerana ia akan ditutup pada 39 April ini.

Pengumuman pembayaran pula akan dibuat pada minggu depan selepas proses semakan selesai. Dengan sukacitanya, saya ingin berkongsi bahawa pembayaran fasa kedua untuk kesemua penerima BPN golongan B40 dan M40, sama ada isi rumah atau individu bujang, akan dibuat mulai 4 Mei 2020. - Katanya.

Tarik-tarikh bagi penerima bantuan kategori lain adalah seperti berikut:

Bantuan Khas Kewangan RM500 bagi 2.5 juta penjawat awam dan pesara termasuk vateran angkatan tentera tidak berpencen pada telah dibuat pada 23 pril 2020.

Bantuan Pelajar Institut Pengajian Tinggi rm200 pula sudah bermula pada 27 April 2020 melibatkan sebanyak 1.5 juta pelajar IPT seluruh negara.

Bantuan kategori perniagaan pula bermula pada 1 Mei 2020 ini.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang terima bantuan di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/28/2020

0 comments:

Loading...