Achey Hadiahkan Isteri Mesin Memasak Automatik Viral RM8,000 Buatkan Kaum Wanita Tak Senang Duduk!


Ohmedia ada satu soalan untuk korang semua para isteri. Suami korang dah belikan mesin memasak automatik RM8,000 yang viral hari tu belum? Haha! Jangan jeles kalau tengok isteri orang lain dah dapat ok?! :p

Cakap macam tu sebab takut korang jeles tengok isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahya yang dapat hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya ke-29 iaitu sebuah mesin memasak automatik yang viral tu la.

Gambar hadiah itu dikongsikan Hasanah di Instagramnya dan berasa syukur kerana disatukan dengan suami yang bertanggungjawab dan sayangkan dirinya.

Alhamdulillah Ya Allah di hari lahirku, engkau panjangkan umurku dan beri kesihatan buat diriku serta engkau hadirkan orang-orang yang terindah dalam hidupku dalam susau atau pun senang. Alhamdulillah Ya Allah aku bersyukur kepadamu, terima kasih pada ibuku yang melahirkan aku ke dunia ni, menjaga dari kecil sehinggalah besar, jasamu akan aku kenang sampai mati. - Luahnya.



A post shared by 😍 #yangterindah #anak #sakit (@anne_achey) on

Achey bagi Thermomix ada sebab tu. Hehe! Tak henti makanlah Achey lepas ni erk. Korang yang tak ada mesin ni pun kenalah selalu masuk ke dapu dan memasak untuk suami. Kalau malah, suami bukan bawa balik Thermomix, tapi bawa balik madu. Kah!

Sumber: Instagram Anne

+ Baca respon pembaca yang jeles nak ada Thermomix juga di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media