Janna Nick Kahwin Lari Dengan Kekasih Di Thailand? Ini Penjelasannya!


Apa dah jadi sebenarnya gais? Ohmedia ada dengar khabar angin mengenai pelakon Janna Nick dan kekasihnya, Dini Azan Schatzmann telahpun bernikah di Satul, Thailand pada bulan Jun tahun lalu. Apa yang lebih kecoh adalah seorang pengguna, @munafiqburner di Twitter memuatnaik keratan yang mengandungi kenyataan pernikahan mereka berdua.


Namun, Janna Nick tampil memberi penjelasan bahawa dia menafikan dakwaan tersebut dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hak Perlindungan Peribadi terhadap individu  yang menyebar berita palsu itu.

Dalam sesebuah perhubungan pastinya perancangan kahwin itu ada tapi tak ada lah sampai nak kahwin lari...saya bukan bercinta dengan suami orang. Kalau betul kami dah nak berkahwin pasti saya akan umumkan tarikh...tapi itu semua sekiranya segala persiapan awal telah dibuat. Tapi dalam keadaan sekarang ini, segalanya tergendala...jangankan kenduri kahwin, rumah terbuka pun belum tentu boleh buat. Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang melakukan kesalahan penyebaran maklumat peribadi di bawah Akta Hak Perlindungan Peribadi. Kesalahan yang dilakukan individu itu mungkin boleh menyebabkan mereka didenda RM300,000. Apa-apa pun selamat berpuasa dan bulan baik ini kita sama-sama doakan semoga Malaysia bebas Covid-19 dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

Haa, dengar tu gais! Berita yang tular di media sosial mengenai pernikahan mereka itu adalah palsu. Jadi, jangan sesekali menyebarkan benda yang tidak sahih, nanti dapat dosa tau.

OHMEDIA: GUNAKAN PLATFORM MEDIA SOSIAL DENGAN CARA YANG BETUL.

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media