Aliff Syukri Tampil Mohon Maaf Isu Topeng Muka Bocor, Tapi Kantoi Sekali Lagi?


Kes apa lagi ni? Memang tak dapat nak tutup dan tipu mata netizen lagi nampaknya sebab mereka sudah semakin alert sepanjang PKP ni Datuk. Sebelum ini sudah kantoi dengan penjualan topeng mukanya dan dikecam teruk.

Kini Datuk Seri Aliff Syukri sudah tampil memohon maaf dengan menjelaskan mengapa perkara itu berlaku yang mengakui tidak sangka topeng itu akan bocor memandangkan ia hanya percubaan sahaja dan bukan untuk dijual seperti didakwa netizen.


Katanya dia hanya ingin mencuba topeng muka yang baru sampai dari kilang dan hanya mahu melihat respon pre-order.

Saya hanya ingin mencuba, tak sangka bocor. Saya memang prihatin keselamatan pengguna saya. Kita masih buat uji kaji lagi. Saya memohon kepada masyarakat semua untuk menghentikan mencari kesalahan saya. Saya juga hanya insan biasa dan lemah. - Jelasnya.

Tapi, belum sempat keadaan pulih, satu lagi Instagram live Aliff syukri menjadi viral apabila ada netizen mendakwa dia sekali lagi menipu semasa mempromosikan produk kurus.


Datuk Aliff buat hal lagi. Acah-acah letak dalam cawan tapi sachet ikat dengan getah. Cuba perhatikan. - Kata netizen.


Korang sempat tengok Instagram live Aliff Syukri tak? Apa pendapat korang dengan isu ni? Apa-apapun Datuk Aliff kena cuba tunjukkan contoh yang baik sebab mahu atau tidak, orang ramai tetap akan memerhati Datuk. Sebab Datuk orang yang ada nama dan orang akan menjadikan contoh sekiranya ia baik. Fikirkanlah.

Sumber: mStar

Sumber: Oh! Media