Agong Beri 'Thumb Up', Puji Kerjasama Rakyat Malaysia Semasa PKP

Posted on Friday, April 17, 2020 | 4/17/2020



Semalam akaun rasmi Instagram @istana_negara telah berkongsi satu video mengenai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mencemar duli bagi melakukan tinjauan keadaan lalu lintas Kuala Lumpur semasa PKP fasa tiga.

Menerusi video berkenaan, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa berpuas hati sambil menunjukkan thumbs up bagi kerjasama yang diberikan oleh rakyat Malaysia dalam mematuhi PKP fasa tiga yang memasuki hari kedua semalam.

Dalam caption pada video berdurasi 18 saat berkenaan,Seri Paduka Baginda turut menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan PKP fasa tiga ini dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah.


OHMEDIA: SEMOGA THUMBS UP YANG DILAKUKAN SERI PADUKA BAGINDA DAPAT MEMBERI SUNTIKAN MORAL KEPADA RAKYAT MALAYSIA UNTUK TERUS KEKAL DIRUMAH BAGI MEMUTUSKAN RANTAIAN PANDEMIK INI.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Agong beri thumbs up puji kerjasama yang diberikan oleh rakyat Malaysia di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/17/2020

0 comments:

Loading...