COVID 19- 2,074 Keluarga Di Rhu Rendang Terima Bantuan Barangan Dapur



Oleh: Aslam Wira

MARANG, 10 April- Sebanyak 2,074 keluarga keluarga berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur yang mula diagihkan pada awal Perintah Kawalan Pergerakan

Agihan itu diusahakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan orang perseorangan

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, berkata,  kerjasama dan hubungan  baik antara jabatan kerajaan khususnya berkaitan bantuan sangat memuaskan

Katanya,  analisis pembahagian bantuan dapat dilakukan dengan segera berdasarkan keperluan mereka yang benar-benar kritikal termasuk bantuan pampers dan susu bagi pesakit kronik serta bayi.

“Aduan dan maklumat akan disaring melalui JKM, MAIDAM dan TDI (Tabung Darul Iman) telah memberi satu keputusan dan jawapan terbaik dalam memberi maklum balas kepada rakyat.

“Sebagai contoh, isu penyewa yang menekan supaya membayar sewa, hasil jaringan siasatan antara jabatan, pengadu menerima bantuan rumah sewa, cuma sedikit kelewatan dalam proses menyelesaikannya.

Beliau berkata demikian selepas dihubungi oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman. semalam.

Menurutnya, bantuan yang tiba mengikut masa yang telah ditetapkan,  agensi sangat membantu pihak DUN, dalam usaha menyelesaikan agihan bagi mereka yang benar-benar kritikal dan hilang pendapatan terlebih dahulu.

“Bantuan daripada kerajaan negeri  pada Fasa ke-4, berjumlah RM300 ribu telah memberi sedikit kelegaan kepada kita.

“Ini ditambah pula dengan pengumuman oleh  Perdana Menteri berkaitan Bantuan Prihatin Nasional yang akan disalurkan kepada hampir keseluruhan rakyat,” tambahnya lagi.

Sumber: teganukita.net