COVID-19 : Geran Khas PRIHATIN RM2.1 bilion Bantu Perusahaan PKS Mikro

Foto Ehsan: Malay Mail


PUTRAJAYA, 6 April -Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion, akan diwujudkan khusus untuk membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro menangani impak kewangan akibat COVID-19.

Katanya, kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

"PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini.

"Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,"ujarnya.

Perdana Menteri berkata demikian sewaktu membentangkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN), hari ini, dengan peruntukan sebanyak RM10 bilion.

Ia merupakan tambahan kepada dana RM4.5 bilion khusus untuk PKS dan PKS mikro yang diumumkan beliau pada 27 Mac lepas.



Sumber: teganukita.net