OnePlus 8 Akan Dilancarkan 14 April 2020 Secara Atas Talian


OnePlus merupakan salah satu peranti yang sedang menaik di Malaysia dan baru-baru ini, OnePlus telahpun mengumumkan yang tarikh pelancaran bagi peranti terbarunya, Pelancaran atas talian OnePlus 8 akan dijadualkan pada 14 April 2020 nanti. Pihak OnePlus juga ada berkongsikan serba sedikit tetang ciri-ciri spesifikasi yang ditawarkan pada peranti barunya itu.

Cip pemprosesan Snapdragon 865 dikatakan akan melengkapi telefon pintar One Plus 8 yang bakal dilancarkan ini dan boleh menjimatkan tenaga disebabkan peningkatan pada CPU dan GPU sebanyak 25%. OnePlus 8 juga dikatakan hadir dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz dan dilengkapi memori LPDDR5 dan storan berasaskan UFS3.0 untuk peningkatan dramatik dalam prestasi sistem.

Sepertimana yang semua tahu, prestasi pada peranti OnePlus juga memang gempak gais. Untuk maklumat yang lebih terperinci, kita tunggu pada 14 April nanti ya. Mesti ramai yang tak sabar dan tertunggu-tunggu pelancaran OnePlus 8 ini.

Sumber : One Plus

+ Baca respon pembaca penggemar peranti OnePlus di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media