Pelajar IPT Di Terengganu Mula Pergerakan Pulang Ke Kampung Malam Ini



HULU TERENGGANU, 30 April - Pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam di Terengganu yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing bermula malam ini.

Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata proses berkenaan melibatkan empat IPT awam dan pergerakan mereka  dijangkakan akan bergerak pada pada pukul 9 malam.

"Pergerakan pelajar  akan berlaku pada malam ini yang melibatkan seramai 181 pelajar di Universiti Malaysia Terengganu ( UMT) yang mana 126 pelajar akan menaiki 11 buah bas, lapan orang menaiki dua buah van dan 14 pelajar lagi akan pulang menaiki kereta.

"Daripada Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSza) seramai 23 orang dengan menaiki dua buah bas dan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun seramai 97 orang dengan menaiki tujuh buah bas.

"Sementara itu dari Politeknik Kuala Terengganu  seramai 14 orang akan menaiki dua buah bas dan 11 pelajar Politeknik Hulu Terengganu juga akan menaiki dua buah bas," ujarnya kepada pemberita di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.

Langkah membawa pulang pelajar yang terkandas di kampus dan sekitar susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu adalah antara sedikit kelonggaran yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lepas

Bagaimanapun, kerajaan hanya membenarkan pergerakan pelajar pulang dari kawasan zon hijau secara berperinggkat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.





Sumber: teganukita.net