Setiap tahun di bulan Ramadan, mesti ada kes karipak oksigen ni. PKP atau tidak, sama je orang-orang ni suka ambil kesempatan. Siapa tak marah kalau perkhidmatan yang kita terima itu tak masuk akal. Kes pelakon Sharnaaz Ahmad ni pun berat juga bila terpaksa membayar kos penghantaran sebanyak RM17 yang hanya memerlukan 5km sahaja. Tak masuk akal betul!
Sharnaaz memberitahu yang di membuat pesanan dari Taman Tun Dr Ismail (TTDI) untuk dihantar ke Mont Kiara dia bukannya ingin mempertikaikan, tetapi hanya ingin mendapatkan penjelasan bagaimana mereka membuat pengiraan untuk jarak hanya 5km?
Aku tak tahu benda ni sudah ada sebelum ini atau baru sekarang. Anda perasan tak, price delivery agak gila. Beli barang RM5 tapi kos penghantaran RM20. Perjalanan bukan jauh pun. Bukan Mont Kiara ke Kajang. Kalau dari TTDI hantar ke Mont Kiara RM20, naik motor, apa benda? Macam yang terjadi pada aku. Dia dari TTDI nak hantar barang dekar aku di Mont Kiara tapi harga penghantaran RM17. Jarak tak sampai 5km. - Soal Sharnaaz.
Sharnaaz yang menaikkan perbincangan ini di YouTube mengatakan yang dia bukan nak kecam rider, tetapi hanya ingin mengetahui siapa yang menjaga dan kawal dari segi harga.
Rata-rata netizen yang memberikan komen turut menyokong apa yang dikatakan Sharnaaz dan mengatakan yang mereka juga selalu terkena dengan caj penghantaran yang tak masuk akal dengan jarak kedai dari rumah mereka.
Macam mana pula dengan korang? Bagi Ohmedia setakat ini jika menggunakan aplikasi seperti foodpanda masih baik kerana harga penghantaran masih masuk akal seperti sebelum PKP dan mereka juga selalu memberikan penghantaran percuma. Perkara seperti ini mungkin banyak berlaku kepada mereka yang membuat penghantaran individu sehingga boleh menekan harga tak masuk akal.
Sumber: Sharnaaz Ahmad Tv
+ Baca respon pembaca yang setuju dengan Sharnaaz di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media