Zarina Zainuddin Terkejut Dengar Jawapan Anak Selepas Minta Teman Tidur Di Dalam Bilik


Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin memuatnaik paparan skrin perbualan bersama anaknya, Muhammad Adam Azrai di Instagramnya, @zarinazainuddin_ meminta untuk menemaninya tidur di dalam bilik.

Anaknya yang berusia 13 tahun itu memberi respon agak mencuit hati kerana memberitahu bahawa dia dan bakal isterinya akan tidur bersama Zarina apabila sudah dewasa nanti.

Amboi! Zarina pun tidak sangka dengan jawapan anaknya itu menerusi aplikasi WhatsApp. Rata-rata ramai netizen rasa terhibur dengan posting tersebut.

Kita suruh dia teman kita, dia bahasakan kita pulak.


OHMEDIA: SERONOK TENGOK KELUARGA SIS ZARINA NI. HEHE.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca minat Zarina di Facebook Oh! Media.








Sumber: Oh! Media