"Penjaga Masjid" Di Tanah Suci Bawa Berita Gembira Kepada Umat Islam


Sebelum ini dua masjid suci utama umat Islam, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ditutup ekoran pandemik wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini. Namun Presiden Ketua Umum Hal ehwal Dua Masjid Suci Sheikh Abdul Rahman As-Sudais mengumumkan bahawa kedua-dua masjid suci berkenaan akan dibuka kembali tidak lama lagi.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh beliau melalui Twitter Haramain.info hari ini. Beliau yang juga Imam Besar Masjidil Haram berkenaan menjelaskan pihaknya tidak tergesa-gesa membuka kedua-dua masjid suci berkenaan kerana semua langkah yang diambil adalah untuk kebaikan kita semua.



Tambahnya lagi, beliau meminta agar umat Islam mendoakan agar situasi pandemik ini cepat berakhir. Menurut inifo yang diambil dari Sinar Harian, Arab Saudi telah menggantung sementara solat Tarawih di kedua-dua buah masjid suci serta ibadah umrah sebelum ini.

Setakat hari ini, Arab Saudi telah mencatatkan 20,077 jumlah jangkitan pandemik berkenaan.

OHMEDIA: ALHAMDULILLAH. BERGEMA KEMBALI LAUNGAN AZAN DAN BACAAN SURAH-SURAH DARI KEDUA MASJID SUCI UMAT ISLAM INI LEBIH-LEBIH LAGI IA BERLAKU DI BULAN YANG MULIA.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca dua masjid suci umat Islam akan dibuka tidak lama lagi di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media