Pilih Tembikai Yang Manis Dan Juicy Dengan 5 Tips Mudah Ini!

Posted on Thursday, April 16, 2020 | 4/16/2020



Kalau mak korang suruh pergi ke pasaraya untuk beli tembikai, apakah cara yang korang perlu buat untuk pilih tembikai yang betul-betul masak dan manis? Ataupun korang terus ambil dan pergi bayar, asalkan ada apa yang mak korang suruh beli tu? Senang jer gais cara nak pilih tembikai yang betul-betul manis dan benda ini tak menyusahkan korang pun. Ohmedia ada 5 cara untuk korang pilih tembikai yang akan buat korang senang hati bila makannya.

Bezakan jantina


Kalau korang nak tahu, tembikai ni ada jantinanya. Bagi yang jantan, bentuknya agak lonjong dan besar dan ia mengandungi banyak air dan juga biji. Maknanya ia sangatlah sesuai untuk membuat air jus. Bagi yang betina pula, bentuknya bulat dan kurang biji serta sedap bila dimakan begitu saja.

Ada tompokkan kuning


Korang jangan pula tengok bila ada kuning-kuning dekat tembikai tu dan beranggapan yang dah tak segar pula. Patutnya korang ambil yang tompokkan kuning itu sebab ianya mesti sudah masak dengan sempurna sebab ia dah lama berada atas tanah berbanding tompokkan yang berwarna putih, semestinya tembikai itu belum matang.

Keadaan kulit


Korang perlu rasa dulu sama ada kulit tembikai tu dalam keadaan yang kasar atau licin. Sekiranya licin menandakan ianya sudah matang. Kalau agak kasar pula, ia masih lagi belum matang.

Lihat tangkainya


Korang perlu periksa tangkai pada tembikai itu dan untuk memilih tembikai yang telah matang, korang perlu pilih yang tangkainya berada dalam keadaan yang kering dan kecut. Jika ianya masih nampak hijau dan segar, bermakna ia masih belum matang gais.

Berat tembikai


Korang tak perlu pun pilih tembikai yang paling besar sebab ianya tak menjamin apa-apa. Apa yang korang perlu buat ialah pilih yang mana lebih berat, tidak kisahlah saiznya kecik atau besar sebab ia menandakan yang tembikai itu segar berair.

Senang jer nak pilih terbikai yang manis ni. Mesti mak korang akan bangga dengan korang bila bawa balik tembikai yang manis dan sudah masak. Gunakanlah tips ini sebaiknya ya bila korang nak memilih tembikai nanti. Semoga ianya bermanfaat buat semua.

Sumber : Mingguan Wanita

+ Baca respon pembaca penggemar buah tembikai di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/16/2020

0 comments:

Loading...