Selepas Salah Sambut Ramadan, Sekarang Salah Ubah Jadual Latihan Pula


Sebelum ini peyerang berbisa Liverpool Salah berkongsi cara menyambut bulan Ramadan di rumah. Kali ini, Mohamed Salah berkongsi pula jadual barunya yang terpaksa diubah berikutan bulan Ramadan dan wabak Covid-19.


Salah telah mengubah latihan peningkatan kecergasan dan sesi latihannya pada waktu malam kerana perlu berpuasa dan mempunyai tenaga yang cukup.

Sebelum ini Salah dan kebanyakan pemain Liga Perdana perlua melakukan latihan sendiri sepanjang tempoh perintah berkurung pada awal pagi.

Salah nampaknya terus menjadi perhatian semenjak berpindah ke Liverpool tiga tahun yang lalu dan berjaya membawa pasukan itu ke satu tahap yang berbeza. Musim lalu juga, Salah masih berjaya mengekalkan gelaran Kasut Emasnya bukat kali kedua


+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Salah di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media