(Video) Ashraf Muslim Tidak Mampu Tahan Sebak Selepas Tonton Video Dikirim Isteri!

Posted on Friday, April 24, 2020 | 4/24/2020



Ashraf Muslim tidak dapat menahan sebak apabila melihat video yang dikirimkan oleh dua isterinya yang bernama Wan Sakinah Wan Saburi dan Noor Dayana Lokman semasa beliau berada di dalam wad Hospital Sungai Buloh malam tadi.



A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on
Siapa jer tak sedih apabila menyambut bulan Ramadhan tanpa keluarga di sisi kan? Begitulah perasaannya yang dilalui ketika ini. Video yang berdurasi 2 minit 27 saat itu menunjukkan gambar Ashraf bersama isteri dan anak-anaknya.

Ramadhan kali ini. Malam ini..adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM. Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dari mama dan ibu ni...Ni lah nak cerita sikit. Lepas solat terawikh pukul 10.30 malam tadi..AM nak makan malam yerlah tengah laparlah kan sebab tak makan petang tadi. So..tengah makan ni tangan kiri pun capai handphone nak tengok message. So bila buka jer dapat video ni..Allahuakbar..sambil makan ni, AM tak sedar air mata dah mengalir..Aduhai..sedih aaarr..tak baiklah buat macam ni..dah lah ayah dekat wad. Makan pun tak habis terus basuh tangan...waaa! Mama ibu dan anak-anak..Sabar yer..tunggu ayah sikit lagi..insyAllah bila semua dah selesai ayah balik k..love and miss all of you!

Rata-rata ramai netizen turut rasa sebak apabila membaca kapsyen yang ditulis oleh Ashraf kerana mereka juga tidak dapat berjumpa dengan ibu bapa di halaman kampung disebabkan jangkitan wabak Covid-19.

OHMEDIA: MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA AGAR RANTAIAN JANGKITAN WABAK INI CEPAT PUTUS!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca sayang keluarga di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/24/2020

0 comments:

Loading...