Wang Simpanan Lesap Selepas Isi Maklumat Di Laman Web Palsu

Posted on Tuesday, April 14, 2020 | 4/14/2020



Seorang perunding hospital terpaksa berputih mata apabila wang simpanan beliau yang berjumlah RM63,465 lesap setelah mengisi maklumat peribadi perbankan di laman web palsu yang kononnya milik Bank Negara Malaysia.

Menurut info dari Sinar, mangsa menyedari kehilangan itu semalam selepas berurusan dengan tiga individu lelaki yang mendakwa diri mereka dari SPRM dua hari lepas. Mangsa terpedaya kerana dituduh gagal membayar cukai pendapatan sebuah syarikat perabot yang didakwa didaftarkan atas nama mangsa.

Sumber gambar dari Sabah Post
Mangsa juga dikatakan terkait dengan kes dadah dimana kes berkenaan dikendalikan oleh pegawai polis bergelar 'Datuk'. Menurut mangsa 'Datuk' berkenaan menasihati agar membuka pautan laman web yang kononnya milik BNM dan mengisi maklumat disana untuk tujuan siasatan.

OHMEDIA: TIME-TIME COVID NI LAH RAJIN PULA SCAMMER NI BUAT KERJA. HATI-HATI YA GUYS!

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca wang simpanan lesap selepas isi maklumat di laman web palsu di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/14/2020

0 comments:

Loading...