20 Ahli Keluarga Khabib Dimasukkan Ke ICU Akibat Covid-19

Posted on Wednesday, May 20, 2020 | 5/20/2020



Seperti kita semua tahu bapa kepada Juara Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov iaitu Abdul Manap kini sedang terlantar di hospital selepas mengalami masalah jantung akibat dijangkiti COVID-19. Abdul Manap yang telah menjalani pembedahan pada tahun lalu dilaporkan berada dalam keadaan tidak baik selepas sekali lagi melakukan pembedahan.



A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

Menerusi satu video di instagram milik Khabib, beliau mengesahkan lebih 20 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19 dan kesemuanya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). Selain itu, Khabib turut mengatakan ramai orang yang beliau kenal telah meninggal dunia termasuk ibu bapa saudaranya.


Menurut Khabib, beliau sendiri telah melihat bertapa bahayanya penyakit ini dan berharap semua pihak bersatu padu untuk mengatasinya. Untuk pengetahuan korang, Kes COVID-19 di Russia kini telah melebihi 290 ribu dan berada di tempat kedua kes paling tinggi di dunia.

OHMEDIA : SEMOGA BAPA KHABIB CEPAT SEMBUH DARI VIRUS COVID-19

+Baca respon pembaca lebih 20 ahli keluarga Khabib dimasukkan ke ICU akibat COVID-19 di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/20/2020

0 comments:

Loading...