Agong Ingatkan Ahli Parlimen Jangan Bawa Isu Politik Di Saat Negara Menentang Covid19


Selepas sekian lama tidak bersidang, hari ini merupakan hari Istiadat Pembukaan Parlimen untuk kerajaan baru di bawah parti Perikatan Nasional dan ia merupakan mesyuarat kali pertama penggal ketiga Parlimen ke-14.

Seperti biasa, istiadat ini akan dibuka oleh Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tuanku telah menyampaikan titah yang cukup berkesan untuk semua rakyat.

Antaranya adalah apabila Agong telah bertitah untuk memperingatkan ahli politik tidak membiarkan apa yang berlaku dalam suasana politik negara pada Februari lalu terus berpanjangan di saat negara dan rakyat terhimpit. Ini dilihat amat tidak sesuai kerana negara sedang berdepan dengan pandemik wabak Covid-19.


Oleh itu, ahli politik perlu memainkan peranan yang lebih matang bagi membela nasib rakyat. Rakyat memerhati segala tindak tanduk anda.

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca yang ikuti titah Agong di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media