Anak Tiri Najib, Riza Shahriz Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Mahkamah Hari Ini


Kisah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kembali menarik perhatian media apabila anak tiri Datuk Seri Najib Razak iaitu, Riza Shahriz Abdul Aziz dimaklumkan telah dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Sebelum ini, Ria telah dituduh mengubah wang haram US$248 juta atau RM1.25 bilion yang berkait dengan dana 1MDB.

Selain itu, Riza turut dituduh beberapa pertuduhan lagi seperti penerbitan filem The Wolf of Wall Street menggunakan pengubahan wang haram dan juga aktiviti haram sebanyak US$1.173 yang turut didakwa datang dari hasil penyelewengan dana 1MDB.


Pertuduhan kedua pula melibatkan wang sebanyak US$9 juta melalui satu transaksi pemindahan wang yang dilakukan pada 10 September 2012 dan Oktober 2012.

Pertuduhan ketiga dan keempat juga melibatkan jumlah US$133 juta dan US$60 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapura milik Red Granite Capital Ltd.

Pada tahun yang sama 14 November 2012, sekali lagi melakukan kesalahan yang sama melibatkan US$45 juta.

Semua kesahalan ini boleh dikenakan denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes 1MDB di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media