Anggota Polis Maut Ketika Bertugas, Dilanggar Pemandu Mabuk Yang Langgar Arahan PKP

Posted on Sunday, May 03, 2020 | 5/03/2020



Kejadian dilaporkan berlaku di Lebuhraya Kajang-Seremban, lebih tepat di Plaza Tol Kajang kira-kira jam 2 pagi apabila seorang anggota polis berpangkat koperal meninggal dunia ditempat kejadian ketika menjalankan tugas.

Mangsa dalam keadaan parah dikepala dan badan sebelum meninggal dunia akibat dihempap oleh kenderaan berkenaan. Dari info yang Ohmedia dapat, kenderaan berkenaan gagal dikawal kerana pemandunya dibawah pengaruh alkohol.

Sumber bambar dari @AfieyAzaman
Saksi ditempat kejadian menceritakan lebih lanjut, sebelum mangsa dihempap dengan kenderaan jenis Toyota Hilux berkenaan, mangsa diseret terlebih dahulu sejauh 70 meter oleh pemandu mabuk berkenaan.

OHMEDIA: ELOK DAH DULU TIADA KES PEMANDU MABUK, INI ADA BALIK. ORANG MELANGGAR NI PATUT DISABITKAN KESALAHAN MEMBUNUH DENGAN NIAT BARU ADA AKAL. SEMOGA KELUARGA ARWAH TABAH DENGAN DUGAAN INI.

Sumber: Metro Online

+ Baca respon pembaca anggota polis dilanggar pemandu mabuk di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/03/2020

0 comments:

Loading...