Bantuan RM1,000 Diumumkan Kerajaan Selangor Untuk Penjawat Awam

Posted on Friday, May 15, 2020 | 5/15/2020



Berita baik buat penjawat awam di Selangor apabila kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari membuat keputusan untuk memberikan RM1,000 kepada semua penjawat awam Gred56 ke bawah.

Bantuan ini akan diterima pada 9 Jun 2020 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM18.5 juta.

Untuk surau, pengerusi, dua orang imam, seorang bilal dan seorang siak akan menerima RM300 seorang dengan impak kewangan RM3.079 juta. Jumlah keseluruhan bantuan kewangan buat masjid dan surau adalah sebanyak RM4.171 juta yang akan dibayar sebelum Aidilfitri. - Jelasnya.

Dua orang imam, dua orang bilal, dua orang siak dan seorang nazir untuk semua masjid di Selangor turut bakal menerima RM400 seorang.

Semoga dengan pengumuman ini dapat membantu meringankan sedikit sebanyak mereka yang terjejas.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang layak menerima bantuan ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/15/2020

0 comments:

Loading...