Bunkface Mahu Satu Hari Nanti, Pendengar Lagu ‘Tolong’ Mengimbau Semula Keperitan Dunia

Posted on Tuesday, May 12, 2020 | 5/12/2020



Baru-baru ini, kumpulan Bunkface tampil dengan lagu terbaru mereka berjudul Tolong yang mengisahkan tentang dunia sedang memerangi wabak pandemik. Semua manusia diminta untuk kekal berada dirumah dan mematuhi apa yang telah diperintahkan kerajaan semasa PKP berlangsung bagi sama-sama melawan virus bahaya ini dari merebak.

BACA : Bunkface Cipta Lagu Tolong & Tunjukkan Semangat Rakyat Malaysia Semasa Kuarantin

Menerut laporan Berita Harian, vokalis kumpulan tersebut iaitu Sam berkata semoga suatu hari nanti apabila kita mendengar kembali lagu ini, kita semua akan ingat peristiwa bersejarah yang tercatat di dunia ketika ini. Sam juga nakkan yang lagu terbaru kumpulan mereka itu, dapat memberikan sedikit sebanyak moral kepada rakyat Malaysia menghadapi cabaran ini.

Apa yang menariknya, peminat Bunkface sendiri yang merakam aksi mereka di rumah dan untuk dijadikan musik video tersebut. Korang dah dengar ke belum? Dalam lagu ini, Bunkface juga ada memberi penghargaan kepada semua barisan hadapan yang bertungkus-lumus berkorban sepanjang tempoh PKP.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca pendengar lagu terbaru Bunkface di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/12/2020

0 comments:

Loading...