Dendam Dengan Angsa Taman Rekreasi, Seorang Lelaki Bertindak Jadikannya Sup Makan Malam


Seorang pekerja taman rekreasi di China melaporkan kehilangan seekor angsa hitam dari empat angsa hitam yang telah ditempatkan selama hampir empat tahun di taman rekreasi berkenaan.

Bertindak dari laporan yang dibuat, pihak berkuasa tempatan telah menahan seorang lelaki melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Dalam rakaman berkenaan, lelaki berkenaan telah mengetuk kepala angsa berkenaan dengan kayu sehingga pengsan.

Dipetik dari Mirror melalui Sinar Harian, ketika menyerbu kediaman lelaki berkenaan, pihak berkuasa telah menemui sebuah periuk berisi sup angsa yang telah dimakan separuh oleh lelaki berkenaan.

Bagaimanapun lelaki berkenaan mendakwa tindakannya itu untuk mempertahankan diri dari diserang oleh angsa berkenaan setelah mengusiknya angsa berkenaan dengan belantan. Dia yang membawa isteri dan anaknya bersiar-siar di taman berkenaan berasa kecewa kerana diserang oleh angsa berkenaan.

Lelaki berkenaan sempat memberitahu kepada pihak polis bahawa daging angsa berkenaan tidak sedap untuk dimakan tetapi mempunyai bau yang enak. Tidak dapat dipastikan sama ada dia akan dihadapkan dengan sebarang pertuduhan atau tidak.


OHMEDIA: MACAM-MACAMLAH MEREKA NI, PANTANGTENGOK HAIWAN EKSOTIK. INI SEMUA ALASAN NAK BAHAM ANGSA TU, KAH! 

Sumber: Sinar Harian | Mirror UK

+ Baca respon pembaca seorang lelaki dendam dengan angsa taman,jadikan sup makan malam di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media