Huawei Nova 5T Hadir Dengan Pelbagai Spesifikasi Menarik Pada Harga RM1,399

Posted on Saturday, May 30, 2020 | 5/30/2020



Huawei Nova 5T telah dilancarkan pada bulan Ogos tahun lepas dan baru-baru ini, salah seorang krew Oh! Media baru saja membelinya dan telah kongsikan pengalamannya setelah seminggu menggunakan smartphone tersebut. Dengan harga yang ditawarkan iaitu pada RM1,399, korang akan dapat smartphone yang memuaskan hati dengan spesifikasi yang sedia ada.


Untuk spesifikasi skrinnya, Nova 5T ni hadir dengan skrin sebesar 6.26 inci jenis IPS LCD. Cip pemprosesan yang ditawarkan pada smartphone ini adalah Kirin 980. Bagi memori, ia didatangkan dengan 8GB RAM dan storage sebesar 128GB. Bagi Oh! Media, 128GB adalah storage yang paling minumum lah untuk korang ambil sekiranya korang tidak menggunakan servis-servis cloud. Bateri bagi smartphone ini hadir sebesar 3,750mAh bersama 22.5W fast-charging menggunakan USB port type-c yang mampu mencapai 50% kurang daripada 30 minit.


Untuk kamera belakang, Huawei Nova 5T ni dilengkapi dengan 4 lensa iaitu 48 megapixel sensor utama + 16 megapixel ultra wide + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapan pula ia hadir dengan 32 megapixel wide. Krew Oh! Media berasa puas hati dengan kamera dan spesifikasi yang ditawarkan pada smartphone ini sebab ia mampu merakam serta meng'edit video dengan mudah dan lancar untuk menjalankan tugasan harian di Oh! Media.

Huawei Nova 5T ini hadir dengan 4 pilihan warna iaitu hitam, crush blue, midsummer purple dan crush green. Bagi kami, semua warna yang ditawarkan pada smartphone ini cantik tetapi Oh! Media lebih tertarik dengan warna MidSummer Purple yang salah orang krew kami tengah pakai sekarang ni.

+ Baca respon pembaca spesifikasi Huawei Nova 5T di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/30/2020

0 comments:

Loading...