Lelaki Tertua Dunia Menghembuskan Nafas Terakhir Ketika Tidur

Posted on Friday, May 29, 2020 | 5/29/2020



Robert Weighton atau lebih dikenali sebagai lelaki tertua di dunia meninggal dunia pada umur 112 tahun. Weighton yang merupakan bekas guru dan jurutera dikatakan menghidapi kanser dan menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur di rumahnya.


Untuk pengetahuan korang, Weighton telah dilahirkan di Yorkshire, England pada tanggal 29 Mac 1908 dan mempunyai 3 anak, 10 cucu serta 25 cicit. Beliau disahkan menjadi lelaki tertua di dunia oleh Guiness World Recrod pada Februari lepas sejurus kematian Chitetsu Watanabe dari Jepun yang merupakan pemegang rekod tersebut sebelum ini.


Weighton juga merupakan seorang ikon kerana mempunyai ramai kenalan di dunia. Sepanjang hayatnya, Weighton akan mengabiskan masa untuk membaca dan bercakap mengenai hal politik, teologi dan ekologi kerana beliau sangat sayangkan alam sekitar.

OHMEDIA : SAMA-SAMA KITA NANTIKAN SIAPAKAH LELAKI TERTUA DI DUNIA SELEPAS KEMATIAN ROBERT WEIGHTON

Credit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca lelaki tertua di dunia menghembuskan nafas terakhir sedang tidur di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/29/2020

0 comments:

Loading...