Malaysia Antara Negara Asean Yang Paling Banyak Lakukan Ujian Saringan COVID19 - KKM

Posted on Friday, May 15, 2020 | 5/15/2020



Maklumat ini paling Ohmedia nanti-nantikan iaitu mengenai jumlah rakyat Malaysia yang telah menjalani saringan Covid-19 dan berdasarkan data yang dikeluarkan, Malaysia adalah antara negara Asean yang paling banyak melakukan saringan ini.

Perkara ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah bekerja keras melakukan ujian saringan Covid-19 sehingga hari ini 15 Mei 2020.

Sehingga 15 Mei, KKM telah menyaring 424,306 individu yang mana 6,855 didapati positif dan 417,451 adalah negatif. ni menunjukkan Malaysia merupakan antara negara yang menjalankan ujian saringan COVID-19 yang paling banyak di antara negara Asean. Saringan COVID-19 ini dijalankan secara tertumpu kepada kumpulan yang dikesan berisiko tinggi untuk dijangkiti virus itu. - Tulis KKM di Twitter.


Data ini amat baik kerana lebih ramai kita saring, lebih selamat untuk kita melihat Malaysia bebas dari wabak ini.

Sumber: KKM Putrajaya

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/15/2020

0 comments:

Loading...