Meskipun Berstatus Anak Menteri, Ia Tidak Beri Apa-Apa Kelebihan, Ujar Dafi

Posted on Sunday, May 10, 2020 | 5/10/2020



Dafi atau nama penuhnya Gaddafi Ismail Sabri mengakui bahawa bapanya lebih popular berbanding dirinya yang sudah 12 tahun menceburi bidang seni. Daffi merupakan anak kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Ismail Sabri Yaacob merupakan individu penting dalam menangangi penularan wabak pandemik COVID-19.

Jelas Dafi, beliau hanya mampu berbangga dan gembira dengan apa yang dilakukan oleh bapanya sekarang meskipun jarang berbicara soal kerjaya. Kata Dafi lagi, bapanya kini dilihat sangat gembira dengan tugas sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) kerana tidak kelihatan penat meskipun terbabit dengan sidang media setiap hari.


Dipetik dari Harian Metro, mengulas isu penampilan bapanya yang mendorong orang ramai untuk membuat kuih berdasarkan baju apa yang dipakai, Dafi menyatakan ia perkara yang melucukan. Jelas Dafi, baju-baju berkenaan adalah baju koleksi peribadi sedia ada milik Datuk Ismail Sabri terutamanya batik.

Disamping itu, isu menyatakan beliau memiliki 'keistimewaan' sebagai anak menteri, beliau menafikan perkara berkenaan. Jelasnya beliau beliau sudah lebih sebulan terkurung dirumah semenjak PKP dilaksanakan. Bagi Dafi, dirinya sama seperti rakyat biasa yang tidak boleh ingkar arahan kerajaan, tambahnya status anak menteri tak beri apa-apa kelebihan.

Sumber gambar dari Murai.com.my
OHMEDIA: BETUL! TAK KIRALAH ANDA SIAPA, ARAHAN KERAJAAN TIDAK BOLEH DIINGKAR, LEBIH-LEBIH LAGI MEMBABITKAN ISU KESELAMATAN ORANG RAMAI.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca status anak menteri tidak beri apa-apa kelebihan di Facebook Oh! Media






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/10/2020

0 comments:

Loading...