PDRM & ATM Akan Masuk Ke Rumah Kediaman Yang Melanggar SOP Hari Raya

Posted on Wednesday, May 20, 2020 | 5/20/2020



Seperti semua sedia maklum, sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun mengumumkan untuk memberi kelonggaran untuk beraya ke rumah sanak saudara di dalam satu negeri dengan syarat tidak melebih 20 orang di dalam sesebuah rumah.

Kalau lebih 20 orang macam mana? Haa, jangan ingat boleh lepas macam tu sahaja sebab pihak PDRM bersama ATM telah mengesahkan mereka akan melakukan rondaan ke dalam kawasan perumahan serta kediaman bagi memastikan SOP PKPB dipatuhi masyarakat.

Sewaktu perayaan pihak polis akan meronda, jika didapati banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan menyemak kediaman yang berkaitan daripada segi jumlah yang berada di rumah. Mungkin ada yang menganggap, takkan polis nak kawal rumah. Betul, tak mungkin semua tapi saya dimaklumkan Ketua Polis Negara, polis dan ATM bersetuju untuk bergerak bagi memastikan SOP dipatuhi. - Kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Taakob semalam.

Nampaknya masih ramai rakyat Malaysia yang berdegil dan tidak dapat mempraktikkan apa itu dengan norma baharu ini. Tengoklah, semalam sahaja rekod menunjukkan seramai 1,633 kenderaan cuba merentas negeri dan jika tindakan tidak diambil, sudah pasti lebih banyak kenderaan akan curi-curi rentas negeri hari raya nanti.

OHMEDIA: JADI MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBANTU PIHAK BERKUASA DENGAN MEMBUAT LAPORAN JIKA MENDAPATI JIRAN DAN ORANG SEKELILING KITA MELANGGAR SOP HARI RAYA YANG TELAH DITETAPKAN.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang geram dengan mereka curi-curi rentas negeri di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/20/2020

0 comments:

Loading...