Pemain Muda Chelsea Ditahan Kerana Melanggar Perintah Berkurung

Posted on Tuesday, May 19, 2020 | 5/19/2020



Pihak berkuasa England dikatakan telah menahan penyerang muda berbakat Chelsea, Hudson-Odoi yang sebelum ini dikatakan positif COVID-19. Hal ini disebabkan Hudson-Odoi telah melanggar perintah berkurung yang telah ditetapkan di sana.


Hudson-Odoi telah menjemput seorang model wanita untuk ke kediaman beliau dengan tujuan untuk berseronok. Wanita tersebut telah tiba di bangunan pada jam 8 malam sebelum salah seorang jiran Hudson-Odoi membuat panggilan kecemasan kepada Polis dan Ambulan di London dan mengatakan ada seorang wanita berada dalam keadaan tidak sihat.


Akhirnya pemain muda England berusia 19 tahun itu ditahan manakala model wanita tersebut dibawa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan. Untuk pengetahuan korang, Hudson-Odoi merupakan pemain bintang dalam pembikinan setelah menunjukkan aksi cemerlang ketika bersama pasukan muda Chelsea sehingga diserap ke pasukan utama pada usia 18 tahun.

OHMEDIA : SEMOGA KEJADIAN INI MENGHANCURKAN KARIER HUDSON-ODOI KERANA BELIAU MEMPUNYAI POTENSI UNTUK MENJADI PEMAIN YANG HEBAT PADA MASA AKAN DATANG

+ Baca respon pembaca pemain muda Chelsea ditahan kerana melanggar perintah berkurung di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/19/2020

0 comments:

Loading...