Pemilik Butik Leeyanarahman Jawab Isu Duit 'Refund' Kepada Pelanggan!


Beberapa hari yang lalu, ada seorang pengguna di Twitter @FatinIzati7 memuatnaik satu posting mengenai butik pakaian muslimah, Leeyanarahman tidak mahu 'refund' duit pelanggan sehingga menjadi topik hangat apabila tempahan baju raya telah dibuat tidak sampai ke butik sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri.


Walaubagaimanapun, pemilik jenama Leeyanarahman bernama Nur Liyana Abdul Rahman tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut. Menurut laporan Astro Gempak, kilangnya yang terletak di Guangzhou China tidak menepati janji untuk menyiapkan koleksi baju untuk kumpulan akhir (last batch).

Semua orang tahu kilang kami berada di Guangzhou, China. Jadi disebabkan Covid-19, kilang itu baru kembali beroperasi pada bulan Mac lalu. Mereka menjanjikan bulan dan bintang kepada kami. Kami ada dalam 70 rekaan, dalam 80% dah sampai dan sudah terjual. Pada 29 haribulan kami dapat senarai pembungkusan (packing list) untuk kumpulan akhir (last batch). Itu bermaksud kami perlu bayar baki bayaran sebanyak RM711,000 untuk diproses. Kami ada bukti semua transaksi yang dibuat. Selepas bayar pada 30 haribulan, setiap hari kami kemaskini dengan pihak sana bila barang nak sampai. Namun, bila asyik diasak rupanya barang tak ada. Mereka bagitahu semua baju dihantar ke Korea untuk dijahit di sana. Itu memang alasan bodoh dari mereka. Dalam keadaan begini, saya memang kena jujur dengan pelanggan yang telah bayar cuma saya takda kongsikan di Instagram (IG). Saya buat video dan bagi kepada lima orang 'admin' saya. Setiap 'admin' itu di bawahnya ada lebih 1000 orang pelanggan. Jadi bukan ambil masa lima minit untuk balas dan 'refund' semuanya. Ada sesetengah pelanggan dia faham dan berikan maklumat yang lengkap. Ada pulak yang bising dan maki dulu tanpa beri nombor akaun. Macam mana kami nak proses, itu yang jadi lambat. Pihak kami juga perlu semak dahulu setiap satu bayaran. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) haritu ramai juga yang tipu dan jadi 'scammer'. Bayangkan beribu-ribu punya 'refund'. Setiap hari kami cuba untuk 'refund' seramai yang mungkin sampai dua pagi kami bekerja. Alhamdulillah sebenarnya dah ramai yang dapat duit mereka. Itu situasi sebenar. Tak ada istilah kami makan atau ambil duit pelanggan. Demi Allah, kami tak ada guna duit pelanggan untuk 'rolling' perniagaan. Viral itu memang takkan habis. Setiap tahun viral. Leeyanarahman ini dah enam tahun beroperasi, kami memang nak kekal dalam tempoh lama. Saya dah tak fikir untung rugi sekarang ini sebab memang dah rugi. Saya nak selesaikan 'refund' pelanggan dulu sebelum hari raya. Jumlah keseluruhan yang dah selesai sekarang ini RM300,000. Selepas selesai dengan pelanggan, saya akan jelaskan apa sebenarnya yang dah berlaku. Sekarang ini kalau saya cakap pun orang takkan percaya dan puas hati sebab tengah panas hati.

Sudah-sudahlah tu gais. Lagi beberapa hari jer kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri tau! Pemilik Leeyanarahman pun dah beri penjelasan. Ohmedia harap lepas ni tak ada pihak lagi mengeruhkan keadaan.

OHMEDIA: UNTUNGLAH BERAYA! MIMIN TAK ADA PUN BELI BAJU RAYA. MAKLUMLAH SATU HARI JER DAPAT PERGI BERAYA RUMAH ORANG. LEBIH BAIK DUDUK RUMAH JAGA KESIHATAN.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media