PU Rahmat Rasa Sayu Lihat Orang Ramai Ke Kedai Pajak Demi Teruskan Kehidupan


Pendakwah bebas, PU Rahmat rasa tersentuh apabila melihat beberapa gambar orang ramai sedang beratur panjang yang tular di media sosial untuk memajak barangan peribadi demi mencari wang bagi meneruskan kehidupan mereka.

Perkongsian itu telah dimuatnaik melalui Instagramnya, @pu_rahmat_official baru-baru ini mengatakan bahawa tidak semua individu menghadapi situasi senang untuk berdepan dengan pandemik Covid-19 ini.

Sayu hati melihat ramai yang ke kedai pajak untuk mencari wang bagi melangsungkan kehidupan. Saya berharap rakan alam maya saya semuanya baik-baik belaka. Kadang kita tak sedar nikmat keselesaan yang kita ada kerana ia adalah warisan keluarga. Tapi tidak orang diluar sana yang susahnya berganda-ganda. Semoga kalian dalam keadaan sejahtera tanpa mengira agama.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ramai rakyat Malaysia mengalami kesusahan dan ada segelintir daripada kita telah menghilangkan pekerjaan akibat jangkitan wabak Covid-19. Ohmedia doakan agar kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan semoga Malaysia dapat bebas dari wabak virus yang berbahaya ini. InsyaAllah, Amin.


OHMEDIA: STAY SAFE GAIS!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media