PU Syed Tegur Zarina Anjoulie & Kekasih Gara-Gara Muatnaik Video Mesra

Posted on Thursday, May 07, 2020 | 5/07/2020



Pendakwah bebas PU Syed atau nama sebenarnya Syed Bakri Al-Yahya memuatnaik satu posting di Instagramnya, @syedbakri_alyah membuat teguran secara terbuka kepada pelakon Zarina Anjoulie dan kekasihnya gara-gara sengaja memuatnaik video mesra untuk tatapan umum.

Menerusi entri tersebut, Syed memesan kepada Anju agar lebih takutkan kepada Allah SWT atas apa yang ditunjukkan kepada peminatnya di media sosial kerana telah melanggar batas yang dilarang dalam agama.

Salam ramadhan buat pelakon bernama Anju dan kekasihnya. Video-video kemesraan kalian berdua, berkali-kali dengan sengaja dimuatnaik ke media sosial milik kalian sekaligus menjadi tatapan followers kalian. Ambe nak tanya, semua itu atas tujuan apa ye? Adakah semata-mata untuk menunjukkan kemesraan atau nak tunjukkan kalian berani sekali melanggar batas yang dilarang dalam agama dari melepasinya? Takutlah kepada Allah atas apa yang kalian tunjukkan kepada peminat-peminat kalian. Tiada hak yang lebih besar dari hak Allah yang patut kita umat Islam patuhi iaitu tidak melanggar batasan-batasan yang telah ditetapkan olehNya. Bantulah Islam dan umatnya, khususnya peminat-peminat kalian agar takut kepada Allah. Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar mengenai halal haram) yang tidak diketahui oleh ramai orang. Maka sesiapa yang takut terhadap syubhah bermakna dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. …” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Harap teguran ni akan sampai kepada mereka. Ambe off komen, agar tak ada yang melampau dalam memberi komentar.

Dia juga berharap agar teguran ini dapat disampaikan kepada mereka tersebut. Semoga Anju dan kekasih menerima teguran ini dengan baik. InsyaAllah, Amin. Kita doa yang baik-baik ya gais!

OHMEDIA: ANGGAP JE TEGURAN TU UNTUK MEMPERBAIKI DIRI SENDIRI.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/07/2020

0 comments:

Loading...