Pusat Khidmat DUN Batu Buruk Agih 4500 Lauk Berbuka

Khalil menyampaikan sumbangan pek lauk kepada MPKK untuk diagihkan.

Oleh : Akid Hafriz

KUALA TERENGGANU, 16 Mei- Sebanyak 4500 pek lauk berbuka puasa diagihkan  Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk kepada masyarakat setempat melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.

Menurut ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi agihan tersebut merupakan antara program kebajikan yang dirancang sempena Ramadan tahun ini.
MPKK berkerjasama agih sumbangan kepada penduduk.

"Peringkat pertama kita telah agihkan barangan dapur, manakala di peringkat kedua, kuih raya dan kali ini kita agihkan lauk.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang terutama pihak masjid di dalam DUN ini yang sudi bersama dalam program kebajikan ini," katanya ketika ditemu bual Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di kediamannya, semalam.

Jelasnya, sebanyak lima ekor lembu dan seekor kerbau telah disembelih bagi menjayakan program itu.




Sumber: teganukita.net