Sambutan Hari Raya Hanya Dibenar Dalam Negeri Sahaja, Kata Perdana Menteri

Posted on Sunday, May 10, 2020 | 5/10/2020



Baru sahaja sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelanjutan PKPB sehingga 9 Jun. Menyedari akan ada beberapa perayaan yang bakal tiba, Misalnya Hari Gawai, Pesta Keamatan dan Hari Raya, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan beberapa perkara mengenainya.



Beliau mengumukan bahawa sambutan hari raya hanya dibenarkan dalam negeri sahaja dan tidak dibenarkan untuk rentas negeri. Ini bermakna, sambutan raya dibenarkan diantara jiran atau ahli keluarga yang tinggal dalam satu negeri yang sama.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri menggariskan bahawa aktiviti kunjung mengunjung hanya dibenar melibatkan 20 orang pada satu-satu masa bagi mengelakkan berlakunya penularan disamping mengamalkan social distancing semasa aktiviti kunjung mengunjung berkenaan.



OHMEDIA: BERUNTUNG MEREKA YANG KELUARGA DUDuK SATU NEGERI, BAGI YANG LUAR NEGERI, HARAP BERTABAHLAH YA?

Sumber: Live Perutusan Perdana Menteri

+Baca respon pembaca syarat sambutan raya di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/10/2020

0 comments:

Loading...