Sharifah Amani Teruja Pelakon Bollywood Balas Tweet!


Siapa sangka pelakon popular Bollywood akan membalas pertanyaan di media sosial? Sebelum ini video Zulin Aziz telah mendapat perhatian daripada Arjun Rampal dan kali ini pula giliran Sharifah Amani dibalas tweet oleh Kajol. Wah, bestnya!

Menerusi sebuah entri di Twitter, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Sharifah Amani berusia 34 tahun telah bertanyakan kepada aktres itu tentang karakter paling digemari sepanjang dia bergelar sebagai seorang pelakon.

What was your most favourite character to play in your career? #AskKajol

Pertanyaan itu telah membuatkan isteri kepada pelakon Ajay Devgan menyedari dan membalas tweet Sharifah Amani dengan mengatakan bahawa watak sebagai Anjali adalah kegemarannya kerana karakter itu seakan-akan melakonkan diri sendiri.

My most favourite character is Anjali. She's the most like me.

Ohmedia rasa watak yang dimaksudkan oleh Kajol itu merupakan karakternya dalam filem Kuch Kuch Hota Hai. Fuh, cerita tu memang kegemaran Ohmedia masa kecil. Memang legend gais!


OHMEDIA: UNTUNGLAH PELAKON BOLLYWOOD KEGEMARAN OHMEDIA BALAS TWEET.

Sumber: Twitter

+ Baca respon pembaca minat Bollywood di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media