Tempahan iPhone SE Bermula 11 Mei Ini Dengan Harga Bermula RM1,999

Posted on Saturday, May 09, 2020 | 5/09/2020



Semalam, Apple mengumumkan yang telefon pintar terbaru mereka iaitu iPhone SE 2020 boleh ditempah melalui laman web rasmi Apple bermula 11 Mei nanti. Apple juga menawarkan tempahan model tersebut melalui pengedar rasmi Apple dan syarikat telekomunikasi terpilih.

Terdapatkan tiga variasi yang ditawarkan pada iPhone SE 2020 ini. Bagi yang yang variasi 64GB dijual dengan harga RM1,999, variasi 128GB pula pada harga RM2,199 dan yang variasi 256GB, Apple tawarkan pada harga RM2,699.

Telefon pintar terbaru dari Apple ini hadir dengan skrin 4.7 inci Retina HD. Ianya dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A13 Bionic sama seperti model-model iPhone 11 sebelum ini dengan harga yang mampu milik iaitu bermula dengan RM1,999. Pengguna Android yang nak beralih ke iOS, bolehlah dapatkan iPhone SE 2020 ini.

Bentuknya pula sama seperti iPhone 8 dan masih mempunyai home button bersama Touch ID. Untuk kamera belakangnya, ia hadir dengan satu lensa iaitu 12 megapixel manakala, untuk kamera hadapannya didatangkan dengan 7 megapixel.

Sumber : Apple

+ Baca respon pembaca peminat telefon pintar Apple di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/09/2020

0 comments:

Loading...