Video Parodi Zulin Tarik Perhatian Produksi Tamil, Ditawar Untuk Berlakon

Posted on Tuesday, May 05, 2020 | 5/05/2020



Siapa follower Zulin Aziz di Instagram pasti tahu video-video yang dihasilkan berbentuk parodi oleh beliau dengan membabitkan beberapa babak bintang Bollywood seperti Shah Rukh Khan dan Arjun Rampal kan? Tahukah korang video-video berkenaan menyebabkan Zulin dilamar produksi Tamil.

Perkara ini dikongsikan oleh Zulin sendiri dilaman Instagram miliknya yang terkejut apabila bila dia diberitahu oleh pengurusnya ada tawaran peluang untuk melebarkan sayap lakonan dalam industri Kollywood.


Bercerita lebih lanjut, Zulin berkata syarikat produksi berkenaan meminta emelnya untuk melakukan perbincangan lanjut. Jelasnya, Zulin tidak begitu teruja sebaliknya menganggap ia sesuatu yang melucukan kerana video yang dibuat olehnya menyebabkan dia ditawar untuk berlakon.




Bagaimanapun beliau memilih untuk berhati-hati, bimbang menjadi mangsa penipuan atas talian. Sekiranya ia benar, Zulin menjelaskan bahawa dia perlu bekerja keras kerana menganggap ianya sebagai satu cabaran pada dirinya.

Untuk info korang, video-video yang dibuat oleh Zulin pernah mendapat perhatian Arjun Rampal yang membalas retweet pengikut yang memuat naik video berkenaan di Twitter serta meminta menterjemahkan video berkenaan yang disifatkannya lucu tersebut.




OHMEDIA: FUH! KALAU BETULLAH TAWARAN BERKENAAN, MAKIN FAMOUS LAH ZULIN AZIZ LEPAS NI.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Zulin dilamar produksi Tamil di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/05/2020

0 comments:

Loading...