Vivo 17 Kini Ditawarkan Dengan Storan Lebih Kecil Pada Harga Mampu Milik


Vivo Malaysia menawarkan satu model terbaru di bawah siri V iaiti V17 dengan storan 128GB yang lebih kecil berbanding sebelum ini. Sebenarnya V17 ni dah ada dekat pasaran Malaysia sejak tahun lepas lagi, tapi hanya dibawa masuk versi 256GB storan saja yang dijual pada harga RM1,499.

Skrin yang ditawarkan pada Vivo V17 ini aalah sebesar 6.44 inci FHD+ Super AMOLED. Ia juga dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm SDM675 Snapdragon 675. Untuk memorinya pula hadir dengan 8GB RAM bersama dua pilihan storan iaitu 128GB dan 256GB RAM.


Untuk kamera belakang, ia hadir dengan 4 lensa iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel sudut lebar + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman. Kamera dengannya pula didatangkan dengan 32 megapixel. Dengan harga yang mampu milik, Vivo V17 ini dilengkapi dengan fingerprint pada skrin gais.

Bateri pada model ini berkapasiti sebesar 4,500mAh bersama pengecasan pantas 18W menggunakan USB port type-c. Korang boleh dapatkan Vivo V17 variasi 128GB RAM ni pada harga RM1,299 gais. Model ini juga menawarkan 3 pilihan warna iaitu Admiral Blue, Glacier Ice White dan Midnight Ocean Black.

Kredit : GSM Arena | Vivo Malaysia

+ Baca respon pembaca peminat smartphone Vivo di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media