Zamani Tampil Dengan Single Terbaru Cerminkan Kisah Kehidupannya


Penyanyi legend, Zamani Slam berusia 48 tahun itu mengatakan bahawa dia akan mengeluarkan lagu raya terbaru yang berjudul Syawal Ini ke semua platform digital mulai 19 Mei 2020 dan manakala di iTunes pula sudahpun mula dijual gais.

Menurut penyanyi Gerimis Mengundang, single terbaru itu mengisahkan tentang kesyukuran dan keinsafan seseorang insan yang masih dapat meraikan Syawal walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Dia juga akui bahawa lagu tersebut mencerminkan kisah kehidupannya.

Zamani mula merakam Syawal Ini pada 4 Mei yang lalu dan apa yang lebih menarik, dia menyanyi lagu ciptaan Neo dan terbitan Bajai itu hanya sebanyak tiga kali ketika rakaman di dalam studio. Wah, Ohmedia tak sabar nak dengar gais!


Saya mula rakam pada 4 Mei dan menyiapkan bahan-bahan pemasaran dalam tempoh seminggu. Kali ini saya tak mengambil masa yang lama sangat. Saya hanya menyanyi sebanyak tiga kali saja lepas tu dah siap. Lirik ini diilhamkan daripada Datuk Norman sebab dia banyak tahu kisah saya. Sebelum itu saya dah diberitahu yang lirik lagu ini berkait rapat dengan kehidupan saya. Jadi lebih membawa erti dan senang untuk saya menyanyikan lagu ini. Lagu ciptaan Neo dan terbitan Bajai ini mengisahkan tentang keinsafan dan kesyukuran seorang insan kerana masih dapat meraikan Syawal walaupun mengharungi pelbagai cabaran. Sesungguhnya lagu ini menyentuh perasaan saya sendiri kerana lirik lagu ini mencerminkan kisah kehidupan saya apatah lagi mengenang arwah ibu bapa saya yang telah pergi. Sepanjang kerjaya saya ini lagu raya yang ketiga iaitu Suasana Hari Raya, Takbir Memecah Hening dan paling baru Syawal Ini. Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama baik dari keluarga KRU Music yang bertungkus-lumus menghasilkan lagu Aidilfitri saya ini.


OHMEDIA: LAGI BEBERAPA HARI JER NAK RAYA. TAK SABAR!

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca minat Zamani di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media