Zul Yahya Saran Rakan Dalam Industri Hiburan Cari Kerja Yang Lebih Berkat


Siapa pernah tengok cerita Kaber Hero Kaber Zero mesti kenal dengan sosok pelakon utama cerita berkenaan Zul Yahya. Seperti semua tahu, Zul Yahya kini tidak lagi kelihatan di kaca televisyen dan lebih menumpukan perniagaan restoran miliknya setelah berhijrah.

Baru-baru ini melalui satu posting Instagram milik beliau, Zul Yahya telah mengajak rakan-rakan industri terutama mereka yang duduk dibelakang tadbir agar ubah kehidupan kepada yang lebih baik. Beliau menyifatkan industri hiburan tidak membawa mereka kemana-mana disamping tiada keberkatan.

Sumber gambar dari Google
Mengulas lebih lanjut, banyak mana rezeki yang diterima, tidak akan pernah rasa cukup dan pasti akan cepat habis kerana dipimpin oleh golongan yang tidak mementingkan keberkatan dan lebih mementingkan keuntungan peribadi.

Pengorbanan krew-krew juga dalam menjayakan sesuatu filem atau program juga tidak dihargai. Disamping itu, EPF dan insurans juga tidak ada. Tambahnya, dengan hadirnya COVID-19 diharap dapat diterima sebagai ujian dan peluang untuk ubah kehidupan yang lebih baik.

"Undur diri, cari rezeki lebih berkat. Biar sedikit, asalkan cukup. Rezeki Allah ini luas dan kena berubah. Lagi pun, industri (hiburan) kita ini gagal,"


OHMEDIA: SEMOGA URUSAN GOLONGAN BELAKANG TADBIR, KREW-KREW PENGAMBARAN INI DIPERMUDAHKAN.

Sumber: Metro Online | Instagram @zulyahya70

+ Baca respon pembaca saranan Zul Yahya buat rakan industri hiburan di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media